Mendung hati aku semendung cuaca hari ini, bagaimana aku sendiri sukar mentafsirkan apa yang aku lalui begitu juga sukar untuk kamu tafsirkan hukuman di dunia ini. Kadang-kadang aku benci dan tertekan bila duduk di kalangan orang-orang bahagia , mereka sering membicarakan kebahagiaan mereka, sedangkan aku hidup memendam membawa kisah-kisah silam dalam diri. Tetapi aku hanya boleh tersenyum melihat dan menyaksikan mereka bahagia, kerana ia nya hakiki. Pergilah kesilapan diri, jangan dihantui diriku, pergilah jauh membawa diri. Terlalu banyak perkara harus ku fikirkan selain kesilapan demi kesilapan yg sering menghantui kehidupanku saban hari. Berilah aku peluang memperbaiki kehidupan ku, menebus segala dosa-dosaku, membahagiakan orang-orang yang aku sayang wp aku tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Apapun yg berlalu, yang berlaku, aku masih mengharunginya sendiri, tiada apa yang mampu menguatkan diriku selain solatku pd Mu ya Allah...