Skip to main content

Mendung hati aku semendung cuaca hari ini, bagaimana aku sendiri sukar mentafsirkan apa yang aku lalui begitu juga sukar untuk kamu tafsirkan hukuman di dunia ini.

Kadang-kadang aku benci dan tertekan bila duduk di kalangan orang-orang bahagia , mereka sering membicarakan kebahagiaan mereka, sedangkan aku hidup memendam membawa kisah-kisah silam dalam diri. Tetapi aku hanya boleh tersenyum melihat dan menyaksikan mereka bahagia, kerana ia nya hakiki.

Pergilah kesilapan diri, jangan dihantui diriku, pergilah jauh membawa diri. Terlalu banyak perkara harus ku fikirkan selain kesilapan demi kesilapan yg sering menghantui kehidupanku saban hari. Berilah aku peluang memperbaiki kehidupan ku, menebus segala dosa-dosaku, membahagiakan orang-orang yang aku sayang wp aku tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi.

Apapun yg berlalu, yang berlaku, aku masih mengharunginya sendiri, tiada apa yang mampu menguatkan diriku selain solatku pd Mu ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Wany Hasrita - Rintihan Rindu (Official Lyric Video)

Aku Yang Leka Dan Terpedaya

TUHAN,AKU LEMAH

Sejak kejadian, peristiwa 17 Julai 2015, tiada lagi nikmat tidur lena bagiku. Tiada lagi hari minggu bermakna buat diriku, tiada lagi senyum keikhlasan dariku, tiada lagi bahagia sejati dalam hidupku. Aku hanya hidup dalam kepura-puraan manusia yang hari-hari menabur janji setiap saat setiap waktu setiap ketika. Ketika dia sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak pernah putus. Tapi kenapa....kenapa kau hancurkan hidup aku dan keluarga aku, dan Tuhan terus melayakkan diri kau untuk terus hidup bahagia , malah lebih bahagia dari dahulu. Istidrajkah? Atau Allah ingin menguji kau di saat kau bahagia. Dan tegar kau biarkan aku hidup berteman airmata tanpa belas dan kasihan. Kau biarkan anak-anak kecil yang dahaga kasih sayang bertepian seperti tiada perasaan.. Tuhan...dimana takdirmu untuk hamba Mu yang hina ini? Mengapa kau kurniakan hati aku selembut ini? Mengapa kau letakkan diriku bersama insan2 yang terus menghina dan menzalimi aku. Aku tahu di saat aku menzalimi dir...