Skip to main content

Posts

Wany Hasrita - Rintihan Rindu (Official Lyric Video)

Recent posts
Mendung hati aku semendung cuaca hari ini, bagaimana aku sendiri sukar mentafsirkan apa yang aku lalui begitu juga sukar untuk kamu tafsirkan hukuman di dunia ini. Kadang-kadang aku benci dan tertekan bila duduk di kalangan orang-orang bahagia , mereka sering membicarakan kebahagiaan mereka, sedangkan aku hidup memendam membawa kisah-kisah silam dalam diri. Tetapi aku hanya boleh tersenyum melihat dan menyaksikan mereka bahagia, kerana ia nya hakiki. Pergilah kesilapan diri, jangan dihantui diriku, pergilah jauh membawa diri. Terlalu banyak perkara harus ku fikirkan selain kesilapan demi kesilapan yg sering menghantui kehidupanku saban hari. Berilah aku peluang memperbaiki kehidupan ku, menebus segala dosa-dosaku, membahagiakan orang-orang yang aku sayang wp aku tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Apapun yg berlalu, yang berlaku, aku masih mengharunginya sendiri, tiada apa yang mampu menguatkan diriku selain solatku pd Mu ya Allah...
  Terlalu banyak perkara yang aku belajar dari sebuah kehidupan : 1. Jangan mudah percaya kata-kata seseorang walau seindah manapun bahasa mereka dan setinggi mana harapan yang mereka berikan 2. Menghargai kehidupan yang ada sebelum walaupun tidak sesempurna yang kita inginkan. 3. Sentiasa redha dan buang sifat dendam dan tidak membalas kejahatan orang lain kerana yakin balasan Allah tidak akan pernah terlepas. 4. Kuat dan berdiri di atas kaki sendiri dan yakin pada diri sendiri. 5. Tidak bergantung harap pada orang lain, dan jangan jadikan seseorang hanya untuk kesenangan dan menumpang semata-mata kerana harta 6. Sentiasa ingat apa yang dilalui adalah kifarah Allah atas dosa-dosa silam 7. Sentiasa yakin bahawa MANUSIA ITU AKAN TERIMA BALASAN SETIMPAL atas apa yang telah dia lakukan.

Aku Yang Leka Dan Terpedaya

Perginya Seorang Teman

Perginya seorang teman Syed Rahman Fauzan, seusia, teman kerja tapi berlainan kerjaya, pernah begurau kata bersama, pernah makan minum bersama, ingat pd senyuman dan suaranya, wp tidak serapat mana, tapi keramahannya menjadi teman2 senang bersamanya. Sempat mengirimkan sebuah ayat2 Yasin sempena pemergiannya di pejabat di awal pagi sebelum staff lain sampai. Semoga roh mu di tempatkan di kalangan org2 yang diredhai Allah SWT . Al Fatihah Setiap makhluk yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang bernyawa tetap akan mati. Cuma saat-saat kematian itu sahaja tidak diketahui. Firman ALLAH yang bermaksud: " Dan tidak ada satu diri akan mati melainkan dengan izin ALLAH pada suatu waktu yang telah ditentukan. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran dunia Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran akhirat, Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan akan Kami (ALLAH) berikan pembalasan yang baik bagi orang yang bersyukur iaitu orang yang

Tergantung Sepi

Cukup Disini perjalanan kita Menghukum Diri mendera hati ini Terhimpit Dengan suasana Berat Rasanya sukar diluahkan Bernafas Ragu menghembus pilu Perasaan Ini tergantung sepi Dibiarkan Begitu saja Terikat Namun tak bertali Mencuba Menyimpulkan mati Namun Terputus jua Berat Rasanya sukar diluahkan Bernafas Ragu menghembus pilu Perasaan Ini tergantung sepi Dibiarkan Begitu saja Terikat Namun tak bertali Mencuba Menyimpulkan mati Namun Terputus jua Disiksa Hati yang menagih Harapan Kasih yang menjauh Terpisah Dalam kekalutan Jiwa Yang digantung sepi Mencuba Mencuba menyimpulkan mati Dibiarkan Begitu saja Terikat Namun tak bertali Mencuba Menyimpulkan mati Namun Terputus jua Disiksa Hati yang menagih Harapan Kasih yang menjauh Terpisah Dalam kekalutan Jiwa Yang tergantung sepi Mencuba Mencuba menyimpulkan mati Jiwa Yang tergantung sepi

TUHAN,AKU LEMAH

Sejak kejadian, peristiwa 17 Julai 2015, tiada lagi nikmat tidur lena bagiku. Tiada lagi hari minggu bermakna buat diriku, tiada lagi senyum keikhlasan dariku, tiada lagi bahagia sejati dalam hidupku. Aku hanya hidup dalam kepura-puraan manusia yang hari-hari menabur janji setiap saat setiap waktu setiap ketika. Ketika dia sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak pernah putus. Tapi kenapa....kenapa kau hancurkan hidup aku dan keluarga aku, dan Tuhan terus melayakkan diri kau untuk terus hidup bahagia , malah lebih bahagia dari dahulu. Istidrajkah? Atau Allah ingin menguji kau di saat kau bahagia. Dan tegar kau biarkan aku hidup berteman airmata tanpa belas dan kasihan. Kau biarkan anak-anak kecil yang dahaga kasih sayang bertepian seperti tiada perasaan.. Tuhan...dimana takdirmu untuk hamba Mu yang hina ini? Mengapa kau kurniakan hati aku selembut ini? Mengapa kau letakkan diriku bersama insan2 yang terus menghina dan menzalimi aku. Aku tahu di saat aku menzalimi dir