Sejak kejadian, peristiwa 17 Julai 2015, tiada lagi nikmat tidur lena bagiku. Tiada lagi hari minggu bermakna buat diriku, tiada lagi senyum keikhlasan dariku, tiada lagi bahagia sejati dalam hidupku. Aku hanya hidup dalam kepura-puraan manusia yang hari-hari menabur janji setiap saat setiap waktu setiap ketika. Ketika dia sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak pernah putus.
Tapi kenapa....kenapa kau hancurkan hidup aku dan keluarga aku, dan Tuhan terus melayakkan diri kau untuk terus hidup bahagia , malah lebih bahagia dari dahulu. Istidrajkah? Atau Allah ingin menguji kau di saat kau bahagia. Dan tegar kau biarkan aku hidup berteman airmata tanpa belas dan kasihan. Kau biarkan anak-anak kecil yang dahaga kasih sayang bertepian seperti tiada perasaan..
Tuhan...dimana takdirmu untuk hamba Mu yang hina ini? Mengapa kau kurniakan hati aku selembut ini? Mengapa kau letakkan diriku bersama insan2 yang terus menghina dan menzalimi aku. Aku tahu di saat aku menzalimi diri aku sendiri, tapi kenapa seperti tiada keadilan dalam hidup ini? Kenapa manusia yang menzalimi kami terus hidup tenang? Kenapa manusia yang menghancurkan kebahagiaan kami terus hidup bahagia? Adakah aku perlu berhenti berdoa dan biarkan ia berlaku?
Tuhan, hanya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jauhilah aku dari manusia-manusia seperti sebelum ini, dekatkanlah aku dengan manusia yang mampu membimbing kami ke syurga MU.......
Comments
Post a Comment