Skip to main content
 
“Walau sesukar manapun hidup yang perlu ditempuhi, walaupun seberat manapun cabaran yang perlu digalas, dan walau siapapun kita, ingatlah hidup mesti ditempuhi, mesti dijalani seadanya”.

Hidup ini adalah rumit.. tidak semudah dan seringkas pemikiran anak-anak kecil yang hanya tahu bergelak tawa.

Aku masih mencari kebahagiaan, masih mencari sinar yang belum hadir di dalam hidupku. 

Kadang-kadang aku bertanya pada alam, pada sang angin, kenapa harus aku diperlakukan begini. Aku tidak minta, aku tidak mohon untuk diperlakukan sebegini rupa. Tapi inilah jalan takdirku, aku tidak boleh memilih..
Hidup ini sering membuat aku menangis.. sedar aku murahnya air mata ini.. aku semakin mengerti, semakin lali dengan permainan hidup ini.. tekadku meneguhkan aku disini.. berseorangan mencari cahaya, jalan untuk keluar dari kedukaan ini.. kadang kala aku lemas.. anggapanku sudah tidak mampu bernafas.. cahaya itu semakin malap.. jalanku semakin kabur.. haruskah aku teruskan hidup ini.. apa yang menantiku didepan.. adakah sinar bahagia.. atau kedukaan yang tak berpenghujung..
 
Tuhan..berikan aku kekuatan yang berpanjangan....

Comments

Popular posts from this blog

Wany Hasrita - Rintihan Rindu (Official Lyric Video)

Mendung hati aku semendung cuaca hari ini, bagaimana aku sendiri sukar mentafsirkan apa yang aku lalui begitu juga sukar untuk kamu tafsirkan hukuman di dunia ini. Kadang-kadang aku benci dan tertekan bila duduk di kalangan orang-orang bahagia , mereka sering membicarakan kebahagiaan mereka, sedangkan aku hidup memendam membawa kisah-kisah silam dalam diri. Tetapi aku hanya boleh tersenyum melihat dan menyaksikan mereka bahagia, kerana ia nya hakiki. Pergilah kesilapan diri, jangan dihantui diriku, pergilah jauh membawa diri. Terlalu banyak perkara harus ku fikirkan selain kesilapan demi kesilapan yg sering menghantui kehidupanku saban hari. Berilah aku peluang memperbaiki kehidupan ku, menebus segala dosa-dosaku, membahagiakan orang-orang yang aku sayang wp aku tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Apapun yg berlalu, yang berlaku, aku masih mengharunginya sendiri, tiada apa yang mampu menguatkan diriku selain solatku pd Mu ya Allah...

Aku Yang Leka Dan Terpedaya