Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017
  Terlalu banyak perkara yang aku belajar dari sebuah kehidupan : 1. Jangan mudah percaya kata-kata seseorang walau seindah manapun bahasa mereka dan setinggi mana harapan yang mereka berikan 2. Menghargai kehidupan yang ada sebelum walaupun tidak sesempurna yang kita inginkan. 3. Sentiasa redha dan buang sifat dendam dan tidak membalas kejahatan orang lain kerana yakin balasan Allah tidak akan pernah terlepas. 4. Kuat dan berdiri di atas kaki sendiri dan yakin pada diri sendiri. 5. Tidak bergantung harap pada orang lain, dan jangan jadikan seseorang hanya untuk kesenangan dan menumpang semata-mata kerana harta 6. Sentiasa ingat apa yang dilalui adalah kifarah Allah atas dosa-dosa silam 7. Sentiasa yakin bahawa MANUSIA ITU AKAN TERIMA BALASAN SETIMPAL atas apa yang telah dia lakukan.

Aku Yang Leka Dan Terpedaya

Perginya Seorang Teman

Perginya seorang teman Syed Rahman Fauzan, seusia, teman kerja tapi berlainan kerjaya, pernah begurau kata bersama, pernah makan minum bersama, ingat pd senyuman dan suaranya, wp tidak serapat mana, tapi keramahannya menjadi teman2 senang bersamanya. Sempat mengirimkan sebuah ayat2 Yasin sempena pemergiannya di pejabat di awal pagi sebelum staff lain sampai. Semoga roh mu di tempatkan di kalangan org2 yang diredhai Allah SWT . Al Fatihah Setiap makhluk yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang bernyawa tetap akan mati. Cuma saat-saat kematian itu sahaja tidak diketahui. Firman ALLAH yang bermaksud: " Dan tidak ada satu diri akan mati melainkan dengan izin ALLAH pada suatu waktu yang telah ditentukan. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran dunia Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran akhirat, Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan akan Kami (ALLAH) berikan pembalasan yang baik bagi orang yang bersyukur iaitu orang yang

Tergantung Sepi

Cukup Disini perjalanan kita Menghukum Diri mendera hati ini Terhimpit Dengan suasana Berat Rasanya sukar diluahkan Bernafas Ragu menghembus pilu Perasaan Ini tergantung sepi Dibiarkan Begitu saja Terikat Namun tak bertali Mencuba Menyimpulkan mati Namun Terputus jua Berat Rasanya sukar diluahkan Bernafas Ragu menghembus pilu Perasaan Ini tergantung sepi Dibiarkan Begitu saja Terikat Namun tak bertali Mencuba Menyimpulkan mati Namun Terputus jua Disiksa Hati yang menagih Harapan Kasih yang menjauh Terpisah Dalam kekalutan Jiwa Yang digantung sepi Mencuba Mencuba menyimpulkan mati Dibiarkan Begitu saja Terikat Namun tak bertali Mencuba Menyimpulkan mati Namun Terputus jua Disiksa Hati yang menagih Harapan Kasih yang menjauh Terpisah Dalam kekalutan Jiwa Yang tergantung sepi Mencuba Mencuba menyimpulkan mati Jiwa Yang tergantung sepi

TUHAN,AKU LEMAH

Sejak kejadian, peristiwa 17 Julai 2015, tiada lagi nikmat tidur lena bagiku. Tiada lagi hari minggu bermakna buat diriku, tiada lagi senyum keikhlasan dariku, tiada lagi bahagia sejati dalam hidupku. Aku hanya hidup dalam kepura-puraan manusia yang hari-hari menabur janji setiap saat setiap waktu setiap ketika. Ketika dia sentiasa memberi kata-kata semangat yang tidak pernah putus. Tapi kenapa....kenapa kau hancurkan hidup aku dan keluarga aku, dan Tuhan terus melayakkan diri kau untuk terus hidup bahagia , malah lebih bahagia dari dahulu. Istidrajkah? Atau Allah ingin menguji kau di saat kau bahagia. Dan tegar kau biarkan aku hidup berteman airmata tanpa belas dan kasihan. Kau biarkan anak-anak kecil yang dahaga kasih sayang bertepian seperti tiada perasaan.. Tuhan...dimana takdirmu untuk hamba Mu yang hina ini? Mengapa kau kurniakan hati aku selembut ini? Mengapa kau letakkan diriku bersama insan2 yang terus menghina dan menzalimi aku. Aku tahu di saat aku menzalimi dir
  “Walau sesukar manapun hidup yang perlu ditempuhi, walaupun seberat manapun cabaran yang perlu digalas, dan walau siapapun kita, ingatlah hidup mesti ditempuhi, mesti dijalani seadanya”. Hidup ini adalah rumit.. tidak semudah dan seringkas pemikiran anak-anak kecil yang hanya tahu bergelak tawa. Aku masih mencari kebahagiaan, masih mencari sinar yang belum hadir di dalam hidupku.  Kadang-kadang aku bertanya pada alam, pada sang angin, kenapa harus aku diperlakukan begini. Aku tidak minta, aku tidak mohon untuk diperlakukan sebegini rupa. Tapi inilah jalan takdirku, aku tidak boleh memilih.. Hidup ini sering membuat aku menangis.. sedar aku murahnya air mata ini.. aku semakin mengerti, semakin lali dengan permainan hidup ini.. tekadku meneguhkan aku disini.. berseorangan mencari cahaya, jalan untuk keluar dari kedukaan ini.. kadang kala aku lemas.. anggapanku sudah tidak mampu bernafas.. cahaya itu semakin malap.. jalanku semakin kabur.. haruskah aku

BUKIT CAHAYA SHAH ALAM

Bila rindu menyapa, hanya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah minggu lepas anak mama Wan Faiz Asyraf datang KL...mama punyalah happy dengan adik2 dan kakak...walaupun mama tak adalah budget sangat, tapi Alhamdulillah Allah bg rezeki gaji awal pulak...Spend la untuk dia orang ni...Kita orang plan banya, Port Dickson, Putrajaya dll...At last pergi Bukit Cahaya dekat Shah Alam.  Awal-awal pagi dah ready excited nak berbasikal dia Shah Alam tu...aku terfikir boleh ke aku carry Harith ni, maklumla da lama x cycling, jangan tergolek dua2 sudahla...Jauh jugak dalam 45 minit dari rumah..Tapi biasalah, mama budak2 ni kuat...kuat berjalan hehe..yang paling excited Harith la.. Tapi yang paling adventure, petang hujan turun dengan lebatnya, time tu kami dalam rumah iklim,memandangkan nak menyahut cabaran, kami anak beranak mengayuh basikal di dalam hujan. Apa lagi basah kuyup la. .but seriously, we enjoyed. Alhamdulillah, Syukur atas kurniaan Allah

TAMAN SAUJANA HIJAU PUTRAJAYA

Kisah minggu lepas, agak2 masih boleh dipost dalam blog ni...belum basi, fresh lagi... Demi memenuhi masa2 anak2, aku kuatkan juga kaki melangkah untuk meghiburkan hati mereka, walaupun keadaan aku tidak begitu mengizinkan. Untuk komen tempat ni, aku search dalam google, memang puas hati sebab banyak laluan untuk jogging,dan boleh nak santai2 bawak makanan dan berkelah atas padang...

PETUA HATI TENANG

ADAKAH ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU ?

  ADAKAH ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU ? " Adakah Allah masih sayangkan aku ? Adakah Allah masih memandang aku ?"  Pernah tak kita tanya soalan ini pada diri kita ? Pernah tak kita terfikir yang selama ini Allah sentiasa menyanyangi kita ? Tepuk dada tanya iman. Apa bukti Allah masih sayngkan kita ? Buktinya ialah . . . *Jeng. Jeng. Jeng.* Buktinya ialah Allah berikan kita ujian. Okay ! Kita selalu sedih atau rasa geram bila Allah datangkan ujian pada kita. Jarang kita pandang ujian yang Allah berikan itu dengan padangan yang positif. Selalunya kita akan pandang ujia yang Allah berikan itu sebagai satu bebanan sehingga kadang-kadang terlintas dekat hati ini perasaan buruk sangka pada Al-Khaliq kita. Haihhh. Astaghfiruhalazim ! ' Ya Allah ! Beratnya ujian yang kau berikan kepada aku ini. Aku tak mampu untuk tempuhi ujian ini. '

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH

Redha Dengan Ketentuan Allah Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya,setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukanoleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telahditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuanyang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”  (Al Ahzab :36)   Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya.  Firman Allah:   “Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagi

DO WE HAVE TO REGRET IN OUR LIFE?