Skip to main content

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH

Redha Dengan Ketentuan Allah

Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya,setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukanoleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telahditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuanyang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”  (Al Ahzab :36)
 
Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya. 
Firman Allah:

 “Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada yang sempurna keinginan mereka. Ada yang kaya dan ada yang miskin; ada yang bijak dan ada juga yang tidak bijak. Ada pula yang datangnya dari keluargayang bahagia, mendapat layanan yang sebaik-baiknya daripada ibubapa ataupun anak-anak serta anggota keluarga yang lain. Sebaliknya ada juga manusia yang berasal dari keluarga yang kucau-kacir yang sering memeningkan kepalanya. Di samping itu ada berbagai perkara memuaskan yang dimiliki oleh sebahagian manusia yang tidak dipunyai oleh sebahagian yang lain. Walau bagaimanapun setiap daripada orang mukmin hendaklah redha dengan setiap apa yang dimilikinya.

Selain dari itu setiap mukmin juga hendaklah redha dengan bala musibah yangdiujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?
Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apasahaja corak takdir yang menimpa. Bukankah Allah swt telah berfirman:
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamudikembalikan.”  (Al Anbiyaa’ : 35)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”(Muhammad : 31)

Sekiranya kita tidak bersabar dan redha sebaliknya memberontak dan berpalingdi saat mendapat bala musibah tetapi menerima kenikmatan dengan tamak danrakus maka jelaslah perihal diri kita terhadap diri sendiri. Betapa lemahnyabenteng keimanan lantaran tidak teguh di dalam menghadapi ujian sedemikian.
Seandainya kita bersabar dan redha maka itulah sifat yang amatdicita-citakan. Dalam hal ini Allah swt di dalam Al-Quran berfirman:

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orangyang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”(Fushshilat : 35)

REDHA KAN AKU YA ALLAH

Comments

Popular posts from this blog

Wany Hasrita - Rintihan Rindu (Official Lyric Video)

Aku Yang Leka Dan Terpedaya

Mendung hati aku semendung cuaca hari ini, bagaimana aku sendiri sukar mentafsirkan apa yang aku lalui begitu juga sukar untuk kamu tafsirkan hukuman di dunia ini. Kadang-kadang aku benci dan tertekan bila duduk di kalangan orang-orang bahagia , mereka sering membicarakan kebahagiaan mereka, sedangkan aku hidup memendam membawa kisah-kisah silam dalam diri. Tetapi aku hanya boleh tersenyum melihat dan menyaksikan mereka bahagia, kerana ia nya hakiki. Pergilah kesilapan diri, jangan dihantui diriku, pergilah jauh membawa diri. Terlalu banyak perkara harus ku fikirkan selain kesilapan demi kesilapan yg sering menghantui kehidupanku saban hari. Berilah aku peluang memperbaiki kehidupan ku, menebus segala dosa-dosaku, membahagiakan orang-orang yang aku sayang wp aku tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Apapun yg berlalu, yang berlaku, aku masih mengharunginya sendiri, tiada apa yang mampu menguatkan diriku selain solatku pd Mu ya Allah...