Bila rindu menyapa, hanya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah minggu lepas anak mama Wan Faiz Asyraf datang KL...mama punyalah happy dengan adik2 dan kakak...walaupun mama tak adalah budget sangat, tapi Alhamdulillah Allah bg rezeki gaji awal pulak...Spend la untuk dia orang ni...Kita orang plan banya, Port Dickson, Putrajaya dll...At last pergi Bukit Cahaya dekat Shah Alam. Awal-awal pagi dah ready excited nak berbasikal dia Shah Alam tu...aku terfikir boleh ke aku carry Harith ni, maklumla da lama x cycling, jangan tergolek dua2 sudahla...Jauh jugak dalam 45 minit dari rumah..Tapi biasalah, mama budak2 ni kuat...kuat berjalan hehe..yang paling excited Harith la.. Tapi yang paling adventure, petang hujan turun dengan lebatnya, time tu kami dalam rumah iklim,memandangkan nak menyahut cabaran, kami anak beranak mengayuh basikal di dalam hujan. Apa lagi basah kuyup la. .but seriously, we enjoyed. Alhamdulillah, Syukur atas kurniaan Allah